? ?
bluehikari.com

  

 

E-BOOK

   



Pengenalan

Bluehikari E-book adalah himpunan penulisan diari online di bluehikari.com dan moplantai.com milik Rudy Bluehikari. Sebanyak 9 buah jilid telah diterbitkan dalam bentuk e-book bagi memudahkan ia dibaca tanpa palam sambungan ke internet. Kesemua e-book ini boleh dimuatturun dan boleh dibaca dalam versi .pdf secara percuma.

BAGAIMANA?

Cuma klik pada ikon "download" dan "save" di komputer anda. Untuk makluman, fail adalah dalam bentuk .zip (winzip). Sila "estract" fail tersebut untuk mendapatkan ebook dalam format .pdf (acrobat).


DOWNLOAD E-BOOK
(dalam format .zip)

2000

2001jilid l

2001 jilid ll

2002 jilid l

2002 jilid ll

2003 jilid l

2003 jilid ll

2004
moplantai 04/5 
2006

Acrobat PDF Reader

WinZip


 

BLUEHIKARI E-BOOK 2000

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Tahrizi
Rekabentuk Kulit: Meer Taro & Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

e-book pertama terbit ini menyelongkar cerita ceriti saat-saat pertama Rudy diduga Tuhan kesakitan yang panjang. Berlatar-belakangkan Fukushima Jepun yang menjadi destinasi pengajiannya selama empat tahun di tanah orang.

download e-book 2000

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2001 Jilid l

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Tokrimau
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

Tahun kedua penulisan Rudy adalah garapan kehidupan terakhir di Bumi Sakura. Mac 2001 Rudy pulang ke tanahair dengan segenggam ijazah meski masih bergelut dengan sakit yang tak kunjung kebah.

download e-book 2001-1

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2001 Jilid ll

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Blueshades
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

Bermula episod alam kerjaya bagi Rudy menjadi tunjang penulisan Rudy dalam jilid ini. Bermula dengan pencarian kerja hinggalah satu demi satu masalah merona hidupnya.

download e-book 2001-2

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2002 Jilid l

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Nettbiru
Rekabentuk Kulit: Fajaronline & Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

Kisah berpindah-randah kerja menjadi lanjutan dalam Bluehikari 2002. Bekerja sahaja tanpa gaji juga satu masalah. 2002 tahun paling "kurushi" (sukar) dalam hidup Rudy. Ini termasuk kehilangan suri kasihnya. Juga suka duka pengalaman ketika sakit datang menggila.

download e-book 2002-2

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2002 Jilid ll

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Toksik
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

Alhamdulillah, satu demi satu dugaan yang datang Rudy tentang dengan cekal. Bahagia tidak akan datang menggolek jika tiada usaha dilakukan ke arah itu. Inilah azam Rudy dalam menempuh derita hidup sepanjang 2002.

download e-book 2002-2

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2003 Jilid l

Penyunting: Rudy Bluehikari & Nettbiru
Pengantar: Miecreation
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

Tahun 2003 bagai terkuak tabir derita. Bermula dengan kerja tetap hinggalah satu demi satu bahagia yang Allah anugerahkan kepadanya. Moga-moga Rudy tidak mudah alpa dan lupa.

download e-book 2003-1

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2003 Jilid ll

Penyunting: Rudy Bluehikari & Farhan
Pengantar: Mat Jan
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari & Ahmadzombie
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

"Hidup ini macam Roda Impian, kata Rudy, dalam entri 16 November 2003. Memecah frasa klise ‘hidup ibarat roda’. Membaca e-book Rudy yang ini, membuatkan aku terfikir, hidup ini MEMANG macam Roda Impian. Dalam satu putaran, kita boleh dapat RM1,000 atau Hadiah Misteri. Dalam satu putaran yang lain, kita boleh Muflis." - Mat Jan dalam Kata Pengantar

download e-book 2003-2

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2004

Penyunting: Rudy Bluehikari & Farhan
Pengantar: Kak P-nut
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

"Pertama kali bertemu mata ialah di Medan Selera KLCC, pada Jun 2001. "Kacak juga budak ini," detik hati aku pertama kali bertemu mata. Kami bertemu secara tidak rasmi dengan beberapa orang penulis jurnal ketika itu. Kami berbual seolah-olah sudah lama saling mengenali. Itu detik pertama pertemuan kami." - Pnut dalam Kata Pengantar

download e-book 2004

kembali ke atas


MOPLANTAI E-BOOK 2004/2005

Penyunting: Rudy Bluehikari & Farhan
Pengantar: Nik Iwan
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari & Ahmadzombie
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

"Perbezaan penulisan antara kedua-dua blog memang ketara. Bluehikari menjurus kepada penulisan yang kurang formal dan lebih memaparkan tentang kehidupan harian terutamanya kisah percaturan beliau melawan sakitnya. Manakala Moplantai pula memfokus kepada gaya penulisan yang lebih formal dan serius dengan ulasan serta kupasan kepada isu-isu tertentu.

Tetapi pada aku, sama ada Bluehikari atau pun Moplantai, jiwa yang ada di dalam kedua-dua blog tetap sama. Jiwa Rudy. (Ya, yang orang kata macam Anuar Zain tu). Jiwa yang melambangkan kekuatan dan kekentalan." - Nik Iwan dalam kata Pengantar

download e-book 2004

kembali ke atas


BLUEHIKARI E-BOOK 2006

Penyunting: Rudy Bluehikari
Pengantar:
Rekabentuk Kulit: Rudy Bluehikari & Saljibiru
Khidmat Nasihat Undang-undang: Mat Jan

COMING SOON!!!!

download e-book 2006

kembali ke atas


   

 

 

Sahabat E-Book

Geng Jurnal
Tokrimau
Jongkang-jongket
Bluehikari
sultanmuzaffar

(anda ada e-book? hubungi saya segera untuk link percuma!)


 

  

Hakcipta Terpelihara Rudy Bluehikari 2003